Tempah, bayar: Nak PhD pun boleh!
SEBUAH firma pengesahan penipuan dalam pekerjaan mendedahkan kebanyakan sijil yang dipalsukan membabitkan hampir 70 peratus universiti dan kolej tempatan manakala 30 peratus adalah sijil daripada universiti luar negara.
Secara keseluruhan tahun lalu syarikat itu menyaring sekurang-kurangnya 100,000 pekerja dan mengesan antara 30 dan 40 kes pemalsuan sijil akademik.
Dalam tempoh sebulan yang mana sekurang-kurangnya 400 sijil palsu melibatkan peringkat diploma dan ijazah berjaya dikesan bagi tahun 2018.
Isu sijil palsu sangat serius melanda negara ketika ini dan kes paling popular adalah melibatkan seseorang individu yang tidak pernah menamatkan pengajiannya di sesebuah universiti atau kolej tetapi membuat sijil konon dia tamat pelajaran di sesebuah universiti.
Isu sijil palsu ini semakin buruk kerana ia sudah boleh dibeli secara dalam talian dengan harga 'mampu milik'.
Buktinya apabila tidak menjadi satu masalah pun kepada sindiket menjalankan aktiviti menjual sijil akademik palsu walaupun dalam situasi negara ketika ini sedang kecoh dengan isu sijil akademik palsu melibatkan beberapa pemimpin politik.
Mereka tetap menjalankan aktiviti itu secara dalam talian dengan menjual sijil palsu khususnya peringkat diploma dan ijazah dengan harga serendah RM8,000.
Skuad Sinar Siasat yang menyamar sebagai pembeli mendapati sindiket yang beroperasi menerusi internet itu hanya menjual sijil palsu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Cukup mengejutkan kerana dalam keadaan situasi sedang hangat memperkatakan isu sijil akademik palsu sekarang ini, ada pihak masih tetap berani menjalankan bisnes menjual sijil akademik palsu universiti awam!
Sementara itu, Skuad Sinar Siasat turut berjaya mengesan sebuah laman sesawang sindiket dari luar negara yang menjual sijil akademik palsu dari mana-mana universiti seluruh dunia.
Nak terus baca pendedahan Sinar Siasat ini? Ikuti laporan penuh dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!