Gempa bumi lemah di Ranau adalah kejadian biasa: Pakar

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Kejadian gempa bumi lemah yang berlaku dalam tempoh kurang seminggu di Ranau tidak membawa sebarang petanda berlakunya gempa yang lebih kuat sebaliknya ia hanya keadaan biasa.

Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Felix Tongkul berkata, gempa bumi yang berlaku pada Ahad dan tengah malam Jumaat di Ranau itu adalah kejadian biasa.

"Penduduk tidak perlu risau dan hanya perlu berjaga-jaga sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Ketika diminta mengulas adakah gempa bumi lemah itu membawa petanda akan berlaku gempa bumi yang lebih kuat, Felix bagaimanapun menafikannya.

"Tidak (tiada gempa bumi kuat), ini keadaan biasa namun gempa bumi kecil begini akan terus berlaku," katanya.

Pada Jumaat, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu lagi gempa bumi lemah berukuran 2.5 skala ritcher berlaku pada jam 12.02 pagi.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi berlaku di lapan kilometer Timur Laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau dan MetMalaysia sentiasa memantau keadaan itu.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad lalu, gempa bumi lemah berukuran 2.8 skala ritcher turut berlaku pada jam 11.10 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!