Letupan mercun di lokasi debat presiden

 Anggota polis mengawasi paramiter di sebuah kawasan pakir tidak jauh dari hotel berlangsungnya debat Pilpres 2019 pusingan kedua.
Anggota polis mengawasi paramiter di sebuah kawasan pakir tidak jauh dari hotel berlangsungnya debat Pilpres 2019 pusingan kedua.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Polis Metro Jaya mengesahkan letupan kuat yang berlaku di kawasan parkir, yang terletak tidak jauh dari lokasi Hotel Sultan, tempat berlangsungnya Debat Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2019, adalah berpunca daripada letupan mercun.

Ketua Polis Metro Jaya, Gatot Eddy Pramono dalam satu kenyataan malam tadi berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian letupan itu.

Katanya, letupan berlaku sekitar jam 8.15 malam (waktu tempatan).

Tambahnya, polis meminta saksi yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Letupan kuat itu menyebabkan beribu penyokong Joko Widodo yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilpres 2019 dan penyokong seorang lagi calon Pilpres, Prabowo Subianto, yang berkumpul di kawasan itu, bertempiaran lari. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!