Tiada arahan kemasukan penonton di Stadium Darul Aman dibatalkan

Hebahan perlawanan KDA menentang Kuala Lumpur City di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - Foto: Facebook KDA FC
Hebahan perlawanan KDA menentang Kuala Lumpur City di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - Foto: Facebook KDA FC
A
A
A

SETAKAT ini masih tiada arahan yang membatalkan kemasukan penonton untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Aman di sini, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, pada masa ini penonton yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan itu masih dibenarkan masuk ke stadium.

"Kemasukan penonton seperti yang telah diluluskan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 6,000 penonton dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Firdaus berkata demikian ketika ditanya sama ada penonton masih dibenarkan masuk untuk menyaksikan perlawanan KDA FC berdepan Kuala Lumpur City FC selepas daerah Kota Setar bertukar menjadi Zon Merah, semalam berikutan peningkatan kes positif COVID-19.

Ini berikutan, pemantauan di laman sosial mendapati segelintir penyokong Hijau Kuning itu menyatakan kegusaran mereka sama ada dibenarkan menonton perlawanan di stadium berikutan daerah Kota Setar mencatat peningkatan mendadak kes positif pandemik tersebut.

KDA FC yang bakal berdepan Kuala Lumpur City FC malam ini dijangka menurunkan pemain import, Renan Alves buat pertama kalinya musim ini selepas pemain kelahiran Brazil itu pulih daripada kecederaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!