Mayat hampir reput ditemui dalam paya nipah
PASIR PUTEH - Seorang pencari ketam menemui mayat hampir reput dalam paya nipah di Kampung Raja Dagang, Semerak petang semalam.
Mahadi Ramli, 47, berkata, selepas menemui mayat tersebut jam 5 petang, dia bergegas ke Balai Polis Cherang Ruku untuk melaporkannya.
Katanya, mayat itu ditemui di atas timbunan daun nipah yang sudah dipotong.
"Selepas itu satu keluarga dari Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut datang ke lokasi yang mendakwa kehilangan ahli keluarganya," katanya.
Menurutnya, keluarga terbabit mengecam pakaian dan motosikal yang terdapat berhampiran paya nipah itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi belum mendapat maklumat lanjut mengenainya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!