Kakitangan awam terjamin
DALAM keadaan sekarang, kakitangan awamlah yang paling ‘selamat’. Mereka tak perlu risau macam orang lain. Gaji mereka tidak dikurangkan. Mereka tak hadapi ancaman buang kerja akibat syarikat atau perniagaan mereka sendiri terjejas. Mereka ada pendapatan tetap yang terjamin.
Walau selama mana lockdown atau wabak ini melanda, mata pencarian mereka tak terusik. Oleh sebab itu, pada pendapat banyak orang, merekalah yang sepatutnya paling akhir menerima sebarang bantuan.
Awang hargai sumbangan kakitangan awam. Tidak ada siapa yang pertikai hal itu. Tapi dalam keadaan hari ini, apabila sebut perkataan “Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri” banyak orang tanya apa tujuannya. Memang mereka yang berada di bawah Gred 56 bukanlah yang berpendapatan tinggi.
Dalam keadaan hari ini, jangan kita lupa jutaan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri yang diancam hilang kerja, potong gaji atau tutup bisnes. Mereka juga perlu bantuan kewangan semasa hari raya.
Awang yakin belum ada kakitangan kerajaan yang makan sehari sekali dengan hanya telur ayam macam dilaporkan dalam media. Awang harap kerajaan juga ambil kira golongan miskin ini apabila memberi bantuan.
Keutamaan juga diberikan kepada semua rakyat yang memerlukan bukan kelompok tertentu sahaja. Pada masa ini, Awang harap semua mekanisme bantuan seperti zakat dan sebagainya dimanfaatkan untuk bantu yang susah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!