Kucing ditahan seludup dadah dalam penjara

Pengawal penjara di Panama terpaksa menahan seekor kucing selepas didapati menyeludup masuk dadah ke Penjara Nueva Esperanza.
Pengawal penjara di Panama terpaksa menahan seekor kucing selepas didapati menyeludup masuk dadah ke Penjara Nueva Esperanza.
A
A
A

SINDIKET dadah sering menggunakan pelbagai cara bagi mengabur mata pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Terbaharu pengawal penjara di Panama terpaksa menahan seekor kucing selepas didapati menyeludup masuk dadah ke Penjara Nueva Esperanza.

Menurut laporan agensi berita AFP, kucing berkenaan telah diserahkan kepada pusat perlindungan haiwan.

Pada 16 April lalu, seorang petugas penjara terlihat seekor kucing berwarna oren dan putih memasuki penjara berkenaan bersama kain kecil yang diikat pada lehernya.

Ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez berkata, pemeriksaan pada kain putih berkenaan terdapat paket kecil yang mengandungi serbuk putih dan daun.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahan tersebut merupakan dadah jenis kokain dan marijuana.

Penjara tersebut terletak di utara Panama City dan menempatkan lebih 1,700 banduan

Sebelum ini pengawal penjara berkenaan berjaya mengesan burung merpati yang dilatih untuk menyeludup dadah ke dalam penjara itu, lapor AFP.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!