City rehat tonggak berdepan Spurs

Manchester City dan Tottenham Hotspur bakal berentap bagi merebut Piala Liga pada Ahad.
Manchester City dan Tottenham Hotspur bakal berentap bagi merebut Piala Liga pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI City, Pep Guardiola dijangka merehatkan beberapa tonggak bagi aksi final Piala Liga berdepan Tottenham Hotspur di Wembley pada Ahad.

Menurutnya, tindakan itu dibuat menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG) di Le Pard des Princes pada 29 April.

Bagaimanapun katanya, biarpun merehatkan beberapa tonggak skuad The Citizens itu tetap berazam untuk merangkul Piala Liga kali ini.

“Pada permulaan musim, kami memberikan perhatian serius kepada semua perlawanan; tetapi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dilihat lebih penting daripada piala-piala lain termasuk Liga Juara-Juara.

“Kemudian tiba Piala FA, selepas itu Piala Liga dan jika boleh, kami mahu memenangi kesemuanya; namun kita perlu melepasi PSG untuk Liga Juara-Juara dan Crystal Palace (EPL), kita lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti.

“Selepas final (Piala Liga) nanti, kita hanya ada tiga hari sebelum merealisasikan impian untuk ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dan oleh itu kami mahu memenangi final ini,” katanya.

Minggu lalu, Guardiola turut merehatkan beberapa tonggak pada aksi separuh akhir Piala FA dan menyaksikan City tewas 0 – 1 kepada Chelsea.

Dalam pada itu, Guardiola gembira dengan berita mengenai dua tonggak, Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero telah pulih daripada kecederaan dan mula menjalani latihan pasukan menjelang aksi final Piala Liga.

Artikel Berkaitan:

“Kebiasaannya, Piala Liga ini selesai dijalankan pada Februari namun bagi musim ini ia dilanjutkan kerana masalah-masalah tertentu.

“Oleh itu, jadual perlawanan turut berubah dan menjadikan saingan musim ini masih belum berakhir,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!