Masjid dikompaun: Cuepacs gesa masyarakat, NGO henti serangan

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa masyarakat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghentikan serangan terhadap seorang pegawai kesihatan yang mengeluarkan kompaun kepada sebuah masjid di Pekan baru-baru ini.

Presidennya, Presidennya, Adnan Mat berkata, kejadian itu menyebabkan pegawai kesihatan yang telah didedahkan identitinya itu menjadi mangsa buli dan kecaman di media sosial akibat tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, situasi tersebut menyukarkan tugas penjawat awam yang bertanggungjawab membantu kerajaan menangani penularan Covid-19.

“Tuduhan yang tidak berasas bukan sahaja mencetuskan perdebatan awam tetapi memberi kesan buruk kepada perkhidmatan awam sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.

“Hentikan serangan bersifat peribadi kepada anggota perkhidmatan awam kerana setiap tindakan yang dibuat berlandaskan peraturan dan undang-undang sedia ada bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Adnan turut meminta Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau Pengerusi Task Force Covid-19 daerah Pekan supaya memberikan penjelasan sebenar dalam insiden tersebut bagi membersihkan nama pegawai terbabit.

Pada Selasa lalu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah mengesahkan satu notis kompaun dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan kepada sebuah masjid atas kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dr Bahari berkata, beliau dimaklumkan bahawa jemaah masjid tersebut tidak mematuhi SOP kerana gagal menyediakan ​pengimbas kod bar MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kompaun tersebut dikeluarkan sebagai iktibar kepada masjid lain supaya mematuhi SOP yang ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!