Wanita maut elak kucing melintas

Mangsa maut di tempat kejadian di Jambatan Pulau Melaka, Kota Bharu, pada Jumaat. Gambar kecil: Nurfurhana
Mangsa maut di tempat kejadian di Jambatan Pulau Melaka, Kota Bharu, pada Jumaat. Gambar kecil: Nurfurhana
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak kucing melintas sebelum terjatuh ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jambatan Pulau Melaka, di sini pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam itu meragut nyawa, Nurfurhana Ramli, 29 di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada kepala manakala pemandu MPV jenis Nissan X-Trail berusia 46 tahun dan penumpang wanita berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Aeon Mall dengan menunggang motosikal dari arah Panji ke Kedai Lalat.

“Sampai di lokasi kemalangan Jambatan Pulau Melaka dipercayai seekor kucing melintas secara mengejut dari arah kanan ke kiri.

Kucing melintas yang gagal dielak turut mati di tempat kejadian.
Kucing melintas yang gagal dielak turut mati di tempat kejadian.

“Mangsa bagaimanapun cuba mengelak namun gagal dan melanggar kucing terbabit sebelum tergelincir masuk ke laluan bertentangan serta dilanggar oleh MPV yang datang arah Kedai Lalat ke Panji,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Abdul Rahim berkata, akibat kejadian itu, mangsa mendapat kecederaan parah pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku akibat mangsa yang terjatuh semasa mengelak seekor kucing yang melintas sebelum dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!