Empat lagi jangkitan varian South African B.1.351 dilaporkan

Empat lagi kes tempatan Covid-19 dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini sebanyak 21 kes. - Foto 123RF
Empat lagi kes tempatan Covid-19 dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini sebanyak 21 kes. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan Covid-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga kes dilaporkan di daerah Kuala Langat

“Satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes Covid-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, melalui survelan genomik terkini bagi tempoh 15 April sehingga 23 April, sebanyak 29 kes Covid-19 telah menjalani jujukan genom penuh.

Survelan tersebut merangkumi negeri Johor, Selangor, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!