Zidane enggan panik

ZIDANE
ZIDANE
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane tidak mahu panik walaupun pasukan kendaliannya itu menghadapi tamparan besar dalam perebutan kejuaraan LaLiga selepas hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Real Betis pada awal pagi Ahad.

Madrid berpeluang untuk berada di kedudukan teratas liga jika mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan di Valdebebas itu namun hanya terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

"Kami kehilangan dua mata dan kami tidak gembira. Tetapi masih ada perlawanan lagi dan ia tidak berakhir hari ini. Kami tidak perlu panik dan yakin masih mampu memberikan saingan sehingga ke penghujung liga.

"Dalam perlawanan ini pertahanan melakukan kerja dengan baik, tetapi di bahagian serangan kami seperti kekurangan sesuatu, kami tidak berada pada tahap terbaik seperti persembahan yang dipamerkan sebelum ini.

"Kami akan bersedia dengan perlawanan akan datang yang pastinya akan bertambah sukar," katanya.

Dalam pada itu, Zidane turut mengakui lega apabila pemain sayapnya, Eden Hazard telah pulih daripada kecederaan dan dapat bermain dengan baik dalam perlawanan tersebut.

"Saya sangat gembira untuk melihat Hazard kerana ia penting untuk mendapatkannya kembali dalam kesebelasan utama pasukan. Kita tahu kualiti yang dimilikinya itu dan saya harap dapat menggunakannya dalam baki perlawanan musim ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!