Bazar Ramadan Greenwood kembali beroperasi hari ini

Khemah peniaga bazar Ramadan Greenwood, Gombak yang sebelum ini disusun rapat telah dijarakkan mengikut SOP ditetapkan.
Khemah peniaga bazar Ramadan Greenwood, Gombak yang sebelum ini disusun rapat telah dijarakkan mengikut SOP ditetapkan.
A
A
A

GOMBAK - Bazar Ramadan Greenwood yang ditutup sejak Khamis lalu kerana gagal mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), dibenarkan beroperasi semula pada Ahad.

Pembukaan semula operasi bazar itu dimaklumkan menerusi kemas kini Facebook rasmi Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Rabu lalu, MPS mengeluarkan notis penutupan bazar Ramadan Greenwood mengikut Seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Notis penutupan itu adalah selama empat hari bermula Khamis sehingga Ahad.

Bagaimanapun, kebenaran MPS membolehkan peniaga membuka gerai mereka sehari lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Penguat kuasa MPS menanggalkan pita kuning dan notis penutupan bazar Ramadan Greenwood, Gombak pada Ahad.
Penguat kuasa MPS menanggalkan pita kuning dan notis penutupan bazar Ramadan Greenwood, Gombak pada Ahad.

Sementara itu, MPS berkata, pihaknya telah membuka tali kuning dan menanggalkan notis penutupan bazar itu.

"Ia setelah pengelola (bazar) mematuhi SOP dan syarat yang diberikan oleh MPS.

Artikel Berkaitan:

"MPS akan sentiasa membuat pemantauan di semua bazar agar perkara ini tidak berulang lagi," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Pada masa sama, MPS turut menerangkan SOP dan tindakan pematuhan yang perlu dipatuhi sebelum bazar itu dibenarkan beroperasi.

MPS juga menetapkan SOP tambahan iaitu penggunaan kad nombor giliran kepada pengunjung, mewujudkan laluan sehala di dalam bazar dan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan warga emas 65 tahun ke atas masuk ke bazar ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bazar Ramadan Greenwood diarah tutup empat hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!