Melayu marah, benci terhadap PH sekarang: Jamal

Jamal. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
Jamal. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa orang Melayu kini sangat benci dan marah kepada PH.

Katanya, perubahan sikap ini sekali gus akan memberi kelebihan kepada BN dalam menghadapi PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini.

"Mereka (orang Melayu) bersikap demikian atas faktor perangai menteri cakap tidak serupa bikin, isu sijil palsu, kegagalan menunaikan janji manifesto dan lain-lain.

"Selain isu pencerobohan terhadap sensitiviti Melayu dan Islam yang semakin ketara ketika ini...perubahan ini sedikit sebanyak menambah sokongan kepada BN di Semenyih," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu menyentuh mengenai 'fenomena bossku' di Semenyih, Jamal berkata, beliau juga tidak menyangka bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menerima sambutan yang cukup luar biasa daripada penduduk Semenyih.

"Sambutan hangat ini semula jadi bukan diupah atau dibayar.

"Pemimpin PH menyerang Najib sebagai penyamun...tetapi ia tidak memberi kesan kerana penduduk lagi teruja dengan Najib untuk berjumpa dengan beliau," katanya.

Sementara itu menyentuh secara peribadi mengenai faktor 'kehilangan' beliau selepas BN tewas pada PRU14 lalu, Jamal berkata beliau kini banyak melakukan kerja dibelakang tabir.

Artikel Berkaitan:

"Saya masih ada melakukan kerja seperti biasa cuma kurang menonjol.

"Dan kekalahan BN ini juga ada hikmah kerana rakyat tidak dapat menilai parti mana yang lebih bagus.

"Sekarang rakyat sedar kebaikan BN yang sudah terbukti memerintah negara, lihatlah pentadbiran PH sekarang, jadi rakyat bijak menilai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!