Parti politik, Parlimen Australia digodam
SYDNEY - AUSTRALIA . Kerajaan Australia pada Isnin mendakwa parti politik utama dan Parlimen negara itu telah menjadi sasaran penggodam canggih beberapa minggu sebelum pilihan raya umum berlangsung pada pertengahan Mei depan.
Perdana Menteri, Scott Morrison berkata, agensi keselamatan mendapati rangkaian beberapa parti politik seperti parti Liberal, Buruh
"Pakar siber kita percaya ia adalah perbuatan negara asing. Agensi keselamatan berjaya mengesan aktiviti berbahaya itu dan bertindak segera melindungi sistem serta penggunanya," ujarnya tanpa menyatakan secara spesifik merujuk kepada mana-mana negara.
Awal bulan lalu, pihak berkuasa melaporkan insiden keselamatan melibatkan rangkaian komputer Parlimen hingga memaksa pengguna termasuk perdana menteri dan Kabinet untuk menukar kata laluan mereka dan mengambil langkah keselamatan lain.
Direktorat Isyarat Australia (ASD) mengesahkan ia telah bekerjasama dengan Parlimen sebagai respons terhadap insiden penggodaman itu.
Beberapa spekulasi mendakwa ia didalangi China walaupun tiada dakwaan rasmi dibuat ke atas Beijing. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!