Polis siasat kes guru disyaki galak perbuatan rogol

Polis akan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Polis akan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis akan menyiasat laporan seorang remaja yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, laporan berkenaan diterima kira-kira jam 10.08 malam pada Sabtu.

"Mangsa yang berumur 16 tahun itu membuat laporan polis ekoran kejadian tersebut telah mendatangkan kegusaran dan perasaan tidak senang hati kepadanya.

"Sehubungan itu, polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dibuat dan akan memanggil saksi terlibat untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah di Selangor pada Jumaat didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Katanya, pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan tersebut.

Bagaimanapun, pelajar berkenaan mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

Artikel Berkaitan:

“Guru itu kemudian berkata, jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang 18 tahun ke atas sebab banyak undang-undang untuk bawah umur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

ARTIKEL BERKAITAN:'Anak saya terima ugutan rogol'

ARTIKEL BERKAITAN:KPWKM semak isu guru berjenaka galak rogol

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!