'Tolong bantu bawa 'Dafi' pulang'

Anjing jenis Poodle dikenali Dafi hilang sejak 14 April lalu. - Foto: Facebook Steven Chong
Anjing jenis Poodle dikenali Dafi hilang sejak 14 April lalu. - Foto: Facebook Steven Chong
A
A
A

CHERAS - "Saya merayu kepada semua terutamanya yang tinggal di kawasan Cheras. Tolong selamatkan anjing saya, Dafi! Sila bawa dia pulang dengan selamat".

Demikian luahan pemilik anjing bernama Steven Chong setelah kehilangan anjing kesayangan jenis Poodle berusia 10 tahun berwarna coklat pada 14 April lalu.

Steven berkata, anjing jantan itu telah ditempatkan di sebuah pusat jagaan haiwan dekat sini selama dua hari bermula 12 April lalu kerana dia ada urusan kerja.

"Selasa lepas (12 April), saya telah meninggalkan anjing peliharaan saya (Dafi) di pusat jagaan haiwan kerana bekerja di luar kawasan.

"Namun saya dimaklumkan oleh pihak mereka bahawa pada pagi Khamis iaitu 14 April, bahawa Dafi telah hilang kerana mereka dengan tidak sengaja membuka pintu. Anjing saya, Dafi berlari dari jambatan melepasi bahu jalan di hadapan 'Eco Cheras' dan melalui stesen minyak Petron dan stesen minyak Petronas menghala ke Kuala Lumpur," katanya pada status di Facebook miliknya.

Seekor anjing dipercayai Dafi telah berlari ke jalan raya dalam keadaan ketakutan dipercayai mencari tuannya tular di laman sosial.
Seekor anjing dipercayai Dafi telah berlari ke jalan raya dalam keadaan ketakutan dipercayai mencari tuannya tular di laman sosial.

Bagaimanapun kata Steven, dipercayai seorang lelaki dalam lingkungan 40an telah mengambil anjingnya dan didakwa tinggal di kawasan Cheras.

"Pihak pusat jagaan haiwan bersedia menanggung ganti rugi, mereka telah menawarkan ganjaran RM2,000 sekiranya sesiapa menjumpai Dafi.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya jiran mahu pun kawan anda yang ternampak sesiapa membawa anjing Poodle ke rumah mereka minggu lepas, sila tangkap gambar dan laporkan kepada saya. Jika benar ia Dafi, anda akan diberikan ganjaran RM500 untuk informasi itu daripada pusat jagaan haiwan terbabit," ujarnya.

Dia juga merayu kepada semua warganet termasuk seluruh rakyat Malaysia untuk membantunya mencari Dafi dan menyebarkan maklumat kehilangan anjingnya.

"Saya juga merayu kepada semua media, media sosial dan 'influencer', YouTuber, media selebriti dan seluruh rakyat Malaysia, tolong kongsi dan sebarkan maklumat ini. Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan anda," tambahnya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Cheras.

Pada Sabtu, sebuah video berdurasi hampir dua minit tular memaparkan seekor anjing dipercayai Dafi berlari di jalan raya dengan perasaan takut dan kemungkinan mencari pemiliknya.

Video meruntun jiwa itu dirakam oleh warganet dikenali Fatin Syahirah dan dipercayai sudah 10 hari anjing itu hilang dan Steven berharap mereka yang mengambilnya agar mengembalikan haiwan terbabit.

Sehingga kini, seluruh warganet berusaha mencari Dafi dan berharap haiwan ini dapat disatukan kembali dengan pemiliknya.

I received this short video from Rosalynn this late afternoon. It breaks my heart seeing Dafi running at the street feeling scare and probably looking for me. I really tear up. It’s been 10 days since Dafi has gone missing. Whoever has picked up my Dafi, could you return him to me please? **Dafi is not on the street. He has been picked up by a 40-50 years old Indian guy. We can’t locate him at the moment. (Please read my previous post before you text me and scold me for being careless. TQ ) Please help me share this post. #saveDafi #bringDafihome Video credited to Cik Fatin Syahirah.

Posted by Steven Chong on Saturday, April 24, 2021

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!