'UMNO tak rasa tersisih pun'

Saarani Mohamad
Saarani Mohamad
A
A
A

IPOH - UMNO Perak tidak pernah rasa disisihkan di sebalik pengumuman senarai jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) Perak termasuk sayap parti dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO memang tidak menganggotai PN tetapi mempunyai organisasi sendiri dalam Barisan Nasional (BN).

"Tak timbul soal tersisih sebab PN itu Pas, Bersatu dan Gerakan menganggotai gabungan yang dinamakan PN. UMNO tak sertai PN, jadi mana mungkin ada dalam jawatankuasa bersama.

"Saya buat dengan jawatankuasa saya. Saya ada MCA dan MIC dalam BN, jadi tak ada rasa tersisih pun," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Program Ihya Ramadan anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) negeri Perak di Bangunan Seri Perak di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Ditanya sama ada UMNO sedia mengadakan rundingan dengan PN, Saarani berkata, sebarang rundingan yang ingin dibuat mesti untuk kebaikan bersama.

"Rundingan ini mudah sahaja, mesti untuk kebaikan bersama, untuk saling menguatkan antara satu sama lain tetapi jika untuk merobohkan satu sama lain, itu bukan rundingan. Rundingan ini untuk kebaikan.

"Kalau rasa benda itu boleh buat untuk kebaikan, mari berunding bersama tetapi tidak menubuhkan cawangan baharu, curi ahli UMNO itu bukan rundingan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 April lalu, Pemuda PN Perak yang dianggotai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Perak, Pemuda Pas Perak dan Pemuda Gerakan mengumumkan ahli jawatankuasa mereka secara rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda PN Perak umum organisasi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!