Lori pasir brek rosak rempuh tiga kereta

Keadaan kereta yang dirempuh sebuah lori pasir alami masalah brek di Jalan Tasik Permai, Ampang pada Isnin.
Keadaan kereta yang dirempuh sebuah lori pasir alami masalah brek di Jalan Tasik Permai, Ampang pada Isnin.
A
A
A

AMPANG - Akibat brek gagal berfungsi, sebuah lori pasir terbabas hingga merempuh tiga buah kereta dalam kejadian di Jalan Tasik Permai, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu berlaku dipercayai semasa lori terbabit dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu tersebut telah hilang kawalan kerana dipercayai brek tidak berfungsi semasa menuruni Bukit Permai sebelum melanggar tiga buah kereta yang berhenti di lampu isyarat.

"Bagaimanapun, dilaporkan pemandu dan penumpang ketiga-tiga kereta terbabit hanya mengalami cedera ringan serta sedang dirawat di Hospital Ampang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keadaan salah sebuah kereta yang dirempuh lori pasir dalam kejadian di Jalan Tasik Permai, Ampang pada Isnin.
Keadaan salah sebuah kereta yang dirempuh lori pasir dalam kejadian di Jalan Tasik Permai, Ampang pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor G Navine di talian 012-6436327.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!