Lelaki nyaris maut, tong gas memasak meletup

Keadaan di ruang dapur selepas letupan gas memasak berlaku.
Keadaan di ruang dapur selepas letupan gas memasak berlaku.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki selamat dalam kejadian letupan sebuah tong gas memasak di rumahnya di Taman Mega Ria, Gambang, di sini pada pada petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 54 tahun yang tinggal berseorangan itu dipercayai berada di dalam bilik dan tidak memasak.

"Letupan tersebut menyebabkan bahagian pintu hadapan rumah mangsa pecah dan bertaburan manakala bumbung dan siling di dapur serta ruang tamu mengalami kerosakan," katanya pada Isnin.

Bumbung rumah mangsa berusia 54 tahun rosak akibat letupan gas memasak pada petang Isnin.
Bumbung rumah mangsa berusia 54 tahun rosak akibat letupan gas memasak pada petang Isnin.

Belia berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Operasi melibatkan sembilan anggota bomba termasuk unit forensik dan menggunakan dua jentera pemadam kebakaran,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!