Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu

Antara peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang Desa Tun Razak di sini pada Isnin.
Antara peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang Desa Tun Razak di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di sebalik kawasan kilang di Desa Tun Razak di sini sejak sebulan lalu terbongkar apabila markasnya diserbu polis pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, seramai 25 individu ditahan dalam serbuan pada jam 4 petang itu.

"Kita telah menahan 11 individu termasuk dua wanita warga tempatan, tangkapan selebihnya melibatkan warga China," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Isnin.

Zainuddin berkata, sindiket itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti penipuan yang mensasarkan mangsa warga asing.

"Sebelum ini, sindiket itu menjalankan aktiviti penipuan di Pulau Pinang, sebelum berpindah ke ibu kota pada bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, selain dijadikan pusat panggilan (calling center), kilang tiga tingkat itu turut dijadikan hostel.

"Kita lihat kilang ini berada di kawasan yang terpencil dan sunyi, malah pintu depan kilang sentiasa ditutup, sindiket hanya menggunakan pintu belakang untuk keluar dan masuk bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!