Penceramah rebah ketika baca doa

Allahyarham rebah semasa membaca doa selepas selesai menyampaikan kuliah di Masjid Baiturrahman, Panaikang pada Isnin. - Foto Kompas
Allahyarham rebah semasa membaca doa selepas selesai menyampaikan kuliah di Masjid Baiturrahman, Panaikang pada Isnin. - Foto Kompas
A
A
A

MAKASSAR - Seorang penceramah yang sedang membaca doa semasa menyampaikan kuliah solat Zohor di Masjid Baiturrahman, Panaikang, dekat sini tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Menurut laporan Kompas, jemaah yang turut berada ketika kejadian itu terkejut melihat Allahyarham Dr HM Ruddin Emang rebah di atas mimbar lalu.

Rakaman video mengenai kejadian berkenaan tular di laman sosial telah ditonton lebih 432,011 tontonan oleh warganet.

Dalam rakaman itu menunjukkan Allahyarham yang juga bekas pensyarah Universiti Muhammadiyah (Unismuh) dan Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar (UIN) sedang berdoa ketika mengakhiri kuliahnya sambil mengangkat tangan namun secara tiba-tiba rebah.

Sementara itu, Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman mengucapkan takziah dan berasa dukacita di atas pemergian Allahyarham yang disifatkan satu kehilangan besar kepada para ilmuan.

“Innalillahi Wa Innailaihi Rojiun. Saya mewakili Sulawesi Selatan, serta rakyat, terutama Kota Makassar, berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Kami mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Difahamkan, isteri Allahyarham, Rahmiyati Razak baharu meninggal dunia dua minggu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!