Armada Kelantan mahu isu penjual burger diselesaikan dengan bijak

Wan Mohd Faisal Wan Kadir menerima kunjungan pihak Armada Kelantan di kediamannya pada Isnin.
Wan Mohd Faisal Wan Kadir menerima kunjungan pihak Armada Kelantan di kediamannya pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan mahu isu kompaun yang dikenakan ke atas seorang peniaga burger di negeri ini dibincangkan dan diselesaikan dengan baik oleh pihak berkuasa.

Ketua Armada Negeri Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab Aziz berkata, isu berkenaan memang mengejutkan banyak pihak dan timbul pelbagai persepsi yang boleh memberi kesan kepada peniaga lain.

Menurutnya, pihaknya juga terpanggil untuk menemui Wan Mohd Faisal Wan Kadir di kediamannya pada Isnin bagi mendapatkan penjelasan dan mengadakan perbincangan lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

"Kami berpendapat beliau perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak berkuasa untuk memohon pengurangan kompaun tersebut memandangkan beliau berniaga sendirian di pekarangan rumahnya tanpa melibatkan peniaga lain.

"Kami harap isu ini dapat diselesaikan baik dan segera sebab ramai peniaga mencari rezeki di bulan Ramadan ini, dia pun berniaga di rumah sendiri, tidak ganggu sesiapa pun dan hanya jual burger, tidak setimpal dengan kompaun tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000

Menurutnya, kerajaan juga perlu melanjutkan tempoh perniagaan memandangkan tempoh sedia ada memberi kekangan kepada peniaga dan pembeli.

Malah katanya, petugas penguat kuasa juga sebenarnya mengamalkan sikap toleransi supaya setiap masalah yang berlaku dapat dibincangkan dengan baik sekaligus diselesaikan dengan segera.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini (Selasa) kami mengiringi Wan Mohd Faisal Wan Kadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu untuk menghantar surat permohonan pengurangan kompaun berkenaan. Kami harap ia dapat dipertimbangkan sebaik mungkin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!