Rusuhan kuil: Tun M beri kenyataan di Dewan Rakyat

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini membuat kenyataan mengenai insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, di Dewan Rakyat.

Perkara itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Pada Selasa, semua ahli Parlimen senada mengemukakan satu usul tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof untuk membincangkan isu itu di Dewan Rakyat.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu telah menyebabkan kecederaan parah kepada seorang pegawai bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.
Artikel Berkaitan:


Sehingga hari ini, seramai 30 individu telah ditahan polis untuk siasatan.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!