Rodgers puji keazaman pemain Leicester

Iheanacho (dua kanan) meraikan jaringan bersama Jamie Vardy selepas menjaringkan gol kedua tuan rumah pada aksi liga di Stadium King Power. Foto: AF
Iheanacho (dua kanan) meraikan jaringan bersama Jamie Vardy selepas menjaringkan gol kedua tuan rumah pada aksi liga di Stadium King Power. Foto: AF
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers memuji keinginan pemain The Foxes menyalakan impian ke Liga Juara-Juara apabila bangkit mengatasi Crystal Palace 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurut Rodgers, pada perlawanan itu, pemain Leicester memiliki keazaman cukup tinggi untuk mengakhiri baki saingan liga dengan slot automatik Liga Juara-Juara.

“Ketinggalan satu gol di belakang Crystal Palace bukan mudah, mereka cukup tersusun malah sukar untuk ditembusi. Saya bangga pemain-pemain beraksi dengan cemerlang.

“Mereka mengekalkan ketenangan, mengawal permainan dan menjaringkan dua gol yang amat baik.

“Sejujurnya ia kemenangan penting buat kami. Ini adalah perlawanan ketiga dalam tempoh sembilan hari jadi kami berdepan jadual yang padat,” kata Rodgers.

Dalam aksi di Stadium King Power tersebut, The Foxes terlebih dulu ketinggalan apabila Wilfried Zaha meletakkan The Eagles di depan pada babak pertama.

Iheanacho (kiri) diasak pemain tengah Crystal Palace, Luka Milivojevic pada aksi liga di Stadium King Power. Foto: AFP
Iheanacho (kiri) diasak pemain tengah Crystal Palace, Luka Milivojevic pada aksi liga di Stadium King Power. Foto: AFP

Bersambung babak kedua, Timothy Castagne kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sekali gus menghidupkan kembali semangat pemain tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Tiga mata The Foxes akhirnya muncul pada minit ke-80, apabila rembatan Kelechi Iheanacho memastikan kemenangan kedua berturut-turut perlawanan liga.

Menurut Rodgers, kemenangan ke-13 liga selepas mengharungi 33 perlawanan tersebut adalah kemenangan kolektif, namun mengakui masih terdapat baki perlawanan yang penting perlu diharungi kelab itu.

“Saya selalu melihat ke depan kerana masih ada lima perlawanan lagi dan kemenangan ini menyamai jumlah mata kami musim lalu.

“Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki kerana setiap tahun anda sentiasa berusaha untuk meningkatkan dari segi kematangan dalam permainan bola sepak,” katanya.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan finalis Piala FA itu mengumpul 62 mata dengan baki lima perlawanan. Tiga kemenangan dari lima perlawanan terakhir akan menjamin kedudukan anak buah Rodgers dalam kedudukan empat teratas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!