Aidilfitri: Lebih 13,000 anggota, pegawai IPK Selangor digerakkan

Arjunaidi (kiri) menerima penyerahan simbolik sumbangan daripada Penasihat Keselamatan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Datuk Wira Hamzah Taib (tengah) pada Program Agihan Bubur Lambuk Kepada Petugas Barisan Hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan CSR Sdn Bhd, Mohd Azahar Mohd Salleh (dua, kanan). - Foto: Bernama (2021) Hak Cipta Terpelihara

A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 13,000 anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor akan digerakkan bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, hampir kesemua anggota dan pegawai polis akan digerakkan mengikut jadual dan tugasan masing-masing ketika Aidilfitri nanti namun kelonggaran bercuti masih diberi kepada anggota tetapi dalam bilangan yang sedikit.

"Kalau kita bagi kebenaran bercuti sebelum raya, maknanya selepas raya dia ada (bekerja) balik," katanya kepada pemberita selepas menerima lebih 1,500 bekas bubur lambuk daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd dan Syarikat Era Bayam Kota (ERA) Sdn Bhd untuk diagihkan kepada petugas di IPK Selangor pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Arjunaidi berkata, pihaknya akan menggunakan pertimbangan ketika melakukan pemeriksaan rumah ke rumah khususnya bagi aktiviti ziarah sepanjang Syawal nanti.

"Pemeriksaan pematuhan Aidilfitri, kita tengok pada keadaan dan 'common sense'. Kalau keluarga besar... itu cerita lain. Tapi ia masih bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) nanti," katanya.

Sementara itu, Arjunaidi berkata, pihaknya pada Selasa turut melancarkan Program Dapur Rezeki iaitu program bantuan keperluan barangan asas bertujuan untuk membantu anggota polis Selangor yang memerlukan.

"Kita mewujudkan program ini untuk anggota yang mempunyai tanggungan besar, anak kurang upaya (OKU) dan isteri yang tidak bekerja," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!