Neelofa, PU Azman mahu bantu bayar kompaun peniaga burger

Peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa daripada jam 10 malam pada tempoh PKP di hadapan rumahnya pada Ahad.
Peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa daripada jam 10 malam pada tempoh PKP di hadapan rumahnya pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri peniaga burger di Kampung Rambutan Rendang di sini menyambut baik tawaran usahawan selebriti terkenal, Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Azman yang ingin membantu membayar kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap mereka.

Peniaga itu, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dan isteri, Norlaili Shafii, 37, dihubungi peguam Neelofa yang bertanyakan berhubung kesnya pada jam 5.30 petang Selasa.

Norlaili berkata, mereka bagaimanapun masih menunggu jawapan rayuan yang dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pejabat Daerah Kota Bharu pada jam 9 pagi Selasa.

“Kami terima banyak tawaran bantuan daripada orang kenamaan dan terkenal antaranya Neelofa dan PU Azman yang ingin membantu sejak kes kami tular bermula Ahad.

Norlaili menunjukkan status Instagram yang dimuat naik oleh usahawan selebriti terkenal, Neelofa meminta peguamnya menghubungi dia untuk bantuan membayar kompaun.
Norlaili menunjukkan status Instagram yang dimuat naik oleh usahawan selebriti terkenal, Neelofa meminta peguamnya menghubungi dia untuk bantuan membayar kompaun.

“Saya amat terharu dan menerima baik tawaran itu. Cuma perlu tunggu keputusan rayuan dan jumlah kompaun terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menerimanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji di sini pada Selasa.

Katanya, dia mengenali sepupu usahawan wanita itu yang kerap menempah kebab dan burger yang dijualnya dan suami.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, pada petang Selasa memuat naik status di Instagram menyatakan sudah meminta peguamnya menghubungi peniaga burger itu bertujuan membantu membayar kompaun RM50,000.

Artikel Berkaitan:

PU Azman yang juga memuat naik status berhasrat membantu peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dan isteri, Norlaili Shafii, 37, menjelaskan kompaun RM50,000.
PU Azman yang juga memuat naik status berhasrat membantu peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, dan isteri, Norlaili Shafii, 37, menjelaskan kompaun RM50,000.

Pasangan peniaga itu turut menerima panggilan daripada PU Azman yang menyatakan hasrat sama untuk membantu mereka.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang peniaga burger di negeri ini dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa daripada jam 10 malam pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000

Peniaga burger rayu kurangkan kompaun

Polis akan panggil peniaga burger, teliti semula nilai kompaun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!