‘Rondaan abadi’ yang memilukan

Sebanyak 38 kes melibatkan kemalangan kapal selam telah berlaku dalam era moden pasca Perang Dunia Kedua di seluruh dunia dari tahun 2000-2021.
Sebanyak 38 kes melibatkan kemalangan kapal selam telah berlaku dalam era moden pasca Perang Dunia Kedua di seluruh dunia dari tahun 2000-2021.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Tragedi menimpa kapal selam KRI Nanggala yang karam bersama anak kapalnya di perairan Bali baru-baru ini tentu sahaja menyentuh hati ramai.

Biarpun kejadian tersebut berlaku di negara jiran, namun rakyat di negara kita turut merasakan kesedihan sama kesan daripada tragedi yang tidak diduga itu.

Dalam sekelip mata, Indonesia kehilangan 53 tentera yang berkaliber untuk mengemudi sebuah kapal perang sepanjang 59.5 meter dengan berat 1,3000 tan, lengkap bersenjata torpedo.

Tiada siapa dapat membayangkan bagaimana keadaan wira-wira negara jiran itu bersemadi pada kedalaman 838 meter di dasar laut, dalam perut sebuah kapal perang buatan Jerman tahun 1978.

Bagaimanapun, tragedi KRI Nanggala itu bukan satu-satunya insiden kapal selam yang berlaku dalam keadaan bukan perang ketika melakukan rondaan ataupun latihan ketenteraan.

ARTIKEL BERKAITAN: KRI Nanggala 402 ditemui terbelah tiga

Dianggarkan, sebanyak 38 kes melibatkan kemalangan kapal selam telah berlaku dalam era moden pasca Perang Dunia Kedua di seluruh dunia dari tahun 2000-2021.

Dalam banyak-banyak itu, tujuh daripadanya meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia kerana ia meragut nyawa dalam bilangan yang ramai.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kapal bersama anak-anaknya itu akan terus dikenang dalam lipatan sejarah dunia sebagai ‘on eternal patrol’ kerana mereka tidak akan kembali lagi ke pelabuhan dari mana mereka berlepas dulu.

‘On Eternal Patrol’ atau rondaan abadi atau pelayaran selama-lamanya merupakan terma yang merujuk kepada misi sesebuah kapal selam.

Ia digunakan apabila kapal selam yang telah berlepas dari pelabuhan untuk melakukan rondaan rutin atau latihan ketenteraan tidak pulang akibat hilang (sub-miss) atau karam (sub-sink).

Terma ini telah digunakan sejak perang dunia kedua sebagai penghormatan bagi mengenang kapal selam dan anak kapalnya yang tidak lagi kembali ke pelabuhan.

Mereka yang hilang dan tidak kembali itu diisytiharkan sebagai ‘terus menjalankan tugas’ di bawah laut buat selama-lamanya untuk melindungi kedaulatan negara tercinta secara abadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!