Pemimpin parti jangan cetus cerita politik dalam UMNO: Asyraf

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu pemimpin parti untuk tidak mencetuskan cerita politik dalaman parti.

Menurut Asyraf Wajdi, rakyat sudah tidak mahu dengar cerita politik dalaman UMNO.

“Buat segelintir pemimpin-pemimpin UMNO yang masih tak sedar diri! Sudah-sudahlah mengadu-domba dan mencetuskan persepsi bak ‘rumah dah siap, pahat masih berbunyi’.

‘Perhimpunan Agong UMNO sebagai platform tertinggi parti telah pun buat ketetapan ‘NO DAP, NO PKR, NO PPBM!’” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Tambah Asyraf Wajdi, beliau mahu pemimpin parti untuk menyelami masalah rakyat yang dihadapi ketika ini.

“Rakyat susah nak cari makan! Rakyat marah dilayani ‘dwi-standard’ dalam SOP dan kompaun!

“Rakyat kecewa ketika mereka mengikat perut, ada pemimpin masih berjoli sakan! Rakyat resah tak boleh bersama keluarga di kampung menyambut lebaran!

“Kalau masih ada sekelumit perasaan simpati dan belum ‘mati rasa’, fokuslah agenda bantu rakyat dan berani bersuara bagi menggemakan denyut nadi mereka!” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga menasihatkan pemimpin UMNO untuk berdiam diri dan fokus mengejar pahala berganda dalam bulan yang penuh barakah serta maghfirah Ramadan al-Mubarak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita UMNO nafi bertemu Ahmad Zahid, sokong Anwar

Pada Rabu, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menafikan dakwaan beliau bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan sokongan untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!