Putera Turki Arab Saudi terima kunjungan Azmin

Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz pada Selasa menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) Mohamed Azmin Ali semasa lawatan rasminya ke negara itu. - Foto Bernama
Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz pada Selasa menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) Mohamed Azmin Ali semasa lawatan rasminya ke negara itu. - Foto Bernama
A
A
A

JEDDAH - Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz pada Selasa menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) Mohamed Azmin Ali semasa lawatan rasminya ke negara itu.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), kedua-dua menteri mengadakan pertemuan yang menekankan mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang antara dua negara.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Penasihat Diraja Raafat bin Abdullah Al-Sabbagh dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Abd Razak Abdul Wahab.

Pada 25 April, Bernama melaporkan Mohamed Azmin akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 26 April hingga 4 Mei 2021.

Misi itu sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosi peluang perniagaan dan perkongsian strategik antara Malaysia serta rantau Asia Barat.

"Ia juga bertujuan mengekalkan momentum hubungan ekonomi antara Malaysia dan kedua-dua negara, susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi dan UAE pada Mac lalu," kata MITI dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kenyataan itu menyebut, dalam rangka lawatan berkenaan, Mohamed Azmin juga dijadual bertemu Menteri Perdagangan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Perdagangan Asing, Dr Majid Abdullah Alkassabi dan Menteri Industri dan Sumber Galian Bandar I, Al Khorayef.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!