Lebih 3,000 maut dalam tempoh 24 jam di India

India kini mempunyai 18 juta kes jangkitan Covid-19 iaitu penambahan sebanyak 360,000 kes dalam tempoh 24 jam yang merupakan rekod baharu dunia.
India kini mempunyai 18 juta kes jangkitan Covid-19 iaitu penambahan sebanyak 360,000 kes dalam tempoh 24 jam yang merupakan rekod baharu dunia.
A
A
A

NEW DELHI - Angka kematian akibat pandemik Covid-19 di India melepasi angka 200,000 dengan lebih 3,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, kata data Kementerian Kesihatan negara itu pada Rabu.

Sejumlah 201,197 orang sudah meninggal dunia termasuk 3,293 orang yang mati pada hari sebelumnya, menurut data daripada kementerian berkenaan seperti dilaporkan oleh AFP.

Bagaimanapun, ramai pakar mengesyaki jumlah kematian akibat Covid-19 itu adalah lebih tinggi daripada angka yang diumumkan kerajaan.

India kini mempunyai 18 juta kes jangkitan Covid-19 iaitu penambahan sebanyak 360,000 kes dalam tempoh 24 jam yang merupakan rekod baharu dunia.

Gambar fail menunjukkan seorang pesakit Covid-19 terbaring di atas sebuah katil di sebuah hospital di New Delhi. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang pesakit Covid-19 terbaring di atas sebuah katil di sebuah hospital di New Delhi. - Foto AFP

Dalam bulan ini sahaja, negara tersebut mencatatkan tambahan hampir enam juta kes Covid-19.

Peningkatan itu dikatakan berpunca daripada varian baharu virus pandemik tersebut, perhimpunan parti-parti politik dan majlis keagamaan di negara berkenaan.

Ia menyebabkan hospital-hospital di negara tersebut mengalami masalah kekurangan katil, ubat-ubatan dan tangki oksigen untuk pesakit-pesakit Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Krisis itu berlaku di New Delhi apabila terdapat pesakit yang meninggal dunia di luar hospital-hospital yang dipenuhi dengan para penghidap pendemik tersebut.

Tiga pesakit juga kerap berkongsi satu katil di hospital-hospital di New Delhi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!