Levi perlepasan jejaskan industri pelancongan?
Gambar hiasan.
A
A
A
Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Dr Sufian Jusoh berkata, kajian yang dikeluarkanSuruhanjaya Produktiviti Australia, setiap 10 peratus peningkatan caj lapangan terbang akan menyebabkan pengurangan trafik sebanyak 1.2 peratus.
“Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang dikenakan di lapangan terbang adalah lebih kurang RM73. Oleh itu, Malaysia akan menyaksikan kekurangan penumpang sebanyak enam peratus atau dua juta pelancong sekiranya kadar levi peelepasan sebanyak 50 peratus atau RM40 dikenakan kepada destinasi selain negara Asean.
“Kita (Malaysia) mengalami pertumbuhan negatif kemasukan pelancong luar negara dan kita perlu lihat negara-negara Asean juga sedang berusaha untuk menarik dan meningkatkan jumlah pelancong asing untuk datang ke negara mereka,” katanya dalam program temu bual Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini malam tadi.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan bercadang untuk mengenakan levi perlepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara Asean dan RM40 ke negara lain mulai 1 Jun 2019 dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sebelum ini berkata, kerajaan sedang mengkaji mekanisme terbaik sebelum levi perlepasan bagi semua penumpang ke luar negara dilaksanakan.
Katanya, kerajaan juga belum memuktamadkan sama ada ia akan diserap ke dalam PSC atau dikutip oleh Jabatan Kastam atau Jabatan Imigresen. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!