Pemandu lori hilang ditemui lemas

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai.
A
A
A

BUTTERWORTH - Pemandu lori yang hilang selepas kenderaannya dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini ditemui mati lemas pada pagi Rabu.

Mayat, K Palaniappan, 66, ditemui kira-kira jam 11.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui selepas pihaknya membuat pencarian di dalam kawasan radius satu kilometer dari tebing sungai tempat mangsa dikatakan terjatuh.

“Mayat ditemui dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan jam 11.36 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang selepas lori 10 tan yang dipandunya terjunam ke dalam sungai berkenaan pada malam Selasa.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Sebelum ini, tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki berjalan kaki menuju ke arah sebuah lori yang diparkir di tepi sungai.

Lelaki itu dilihat menaiki sebuah lori sebelum kenderaan itu meluncur ke hadapan dan menjunam ke dalam sungai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!