Kemalangan meningkat sejak arahan bekerja dari rumah dibatalkan

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Zulkefly Yahya beramah mesra bersama salah seorang penunggang motosikal pada pada sesi penyerahan bubur lambuk bersama Pakatan Pemandu di Plaza Tol Jalan Duta hari ini. Foto Bernama
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Zulkefly Yahya beramah mesra bersama salah seorang penunggang motosikal pada pada sesi penyerahan bubur lambuk bersama Pakatan Pemandu di Plaza Tol Jalan Duta hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan purata 180 kes kemalangan setiap hari di Kuala Lumpur sejak arahan bekerja dari rumah terbatal bermula 1 April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding ketika kerajaan membenarkan kaedah bekerja dari rumah iaitu 50 hingga 70 kes sehari yang direkodkan.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan 60 hingga 70 peratus pemandu kenderaan empat roda manakala selebihnya adalah penunggang motosikal.

"Begitu juga pada hujung minggu, kita menerima purata 70 hingga 80 kes kemalangan setiap hari.

“Kami percaya perkara ini berlaku kerana pertambahan kenderaan dan orang ramai sudah mula bergerak keluar bekerja serta faktor ekonomi yang semakin rancak," katanya kepada pemberita selepas program Penyerahan Bubur Lambuk JSPTKL bersama Pakatan Pemandu di Plaza Tol Jalan Duta di sini, pada Rabu.

Hadir sama Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Ti Lian Ker dan Presiden Pakatan Pemandu Nor Aizam Abd Kadir.

Zulkefly berkata, kes kemalangan yang sering dilaporkan membabitkan jalan di pusat dan pinggir bandar ketika orang ramai datang serta pulang kerja manakala kemalangan maut pula banyak dilaporkan berlaku pada waktu malam selepas 10 malam.

Menurutnya, bilangan kenderaan kini sudah mencecah 90 peratus, walaupun tiada rentas negeri kes kemalangan semakin bertambah.

Artikel Berkaitan:

Pada 30 Mac lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan arahan bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam dan swasta terbatal bermula 1 April dan kadar kehadiran pekerja bagi sektor swasta termasuk industri perkilangan yang dibenarkan adalah 100 peratus. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!