ASTAF gantung sementara PSM

Laporan Sukan Sinar pada April lalu.
Laporan Sukan Sinar pada April lalu.
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) menggantung sementara Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada sebarang aktiviti berkaitan sukan itu.

ASTAF dalam satu kenyataan memaklumkan penggantungan itu, sehingga perbicaraan diadakan, telah diserahkan kepada PSM berikutan kenyataan presiden persatuan itu, Datuk Seri Ahmad Ismail mengenai pemilihan badan pentadbir sepak takraw Asia pada 1 Mac lalu.

“Tindakan presiden dan/atau kata-kata bertulis telah menjadikan permainan sepak takraw yang sepatutnya dipromosikannya, mendapat nama buruk. Jawatankuasa Eksekutif ASTAF telah sebulat suara mengundi untuk meneruskan prosiding tatatertib terhadap PSM kerana melanggar perjanjian,” menurut kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, selepas Jawatankuasa Tatatertib ASTAF menerima jawapan bertulis daripada PSM, ia akan mengadakan perbicaraan dan PSM perlu menunjukkan sebab mengapa ia tidak boleh dikeluarkan daripada ASTAF dan/atau menghadapi sekatan lain.

Jika didapati bersalah, PSM boleh dikenakan mana-mana hukuman berikut - menentukan tempoh penggantungan, penyingkiran, denda, hukuman gabungan atau tetap - kerana ini bukan kesalahan pertama yang dilakukan PSM dan Ahmad.

Kenyataan itu menambah, pada 14 Mac 2008, PSM berjanji kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk mematuhi objektif ISTAF dan perlembagaan ASTAF; menyokong ISTAF dan ASTAF dalam pelbagai objektif.

ARTIKEL BERKAITAN: ASTAF hukum gantung Tok Mat

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!