Abdul Hadi dimasukkan ke IJN
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu dimaklumkan setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi Abdul Hadi, malam ini.
Syahir berkata, Abdul Hadi akan menerima rawatan selama beberapa hari.
“Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.
“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!