Ibu bapa sambut baik keputusan KPM
SHAH ALAM - Kebanyakan ibu bapa menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula tahun ini.
Rata-rata mereka berpendapat pemansuhan tersebut mendatangkan kebaikan lebih-lebih lagi kepada murid yang banyak ketinggalan dalam pembelajaran mereka sejak tahun lepas susulan pandemik Covid-19.
Menurut suri rumah, Aliza Ahmar, agak mustahil bagi murid untuk mengulang kaji semua subjek dengan hanya berbaki beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan itu berlangsung.
“Mungkin ada yang mampu tetapi tidak semua murid akan dapat keputusan yang baik susulan kekangan masa yang dihadapi dalam persediaan menghadapi UPSR ini.
“Sudah pasti ada ibu bapa yang merasakan sukar untuk menerima keputusan tersebut kerana anak-anak mereka telah membuat persiapan sejak awal,” katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Nur Shahizad Mohd Shahdin berkata, dia sedikit terkilan dengan pemansuhan tersebut tetapi tetap bersetuju dengan keputusan KPM.
“Murid Tahun Enam berdepan kekangan dan tidak berada dalam kelas sepenuhnya akibat pandemik Covid-19,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: UPSR mansuh sepenuh, PT3 dibatalkan tahun ini
Mansuh UPSR: KPM perkasa Pentaksiran Bilik Darjah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!