Giggs nafi serang bekas kekasih
BEKAS bintang Manchester United, Ryan Giggs mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan menyerang dua wanita, iaitu bekas teman wanita serta adiknya, dalam kejadian pada 1 November lalu.
Menurut laporan Astro Awani, Giggs membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Manchester pada Rabu.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dengan syarat perlu hadir ke Mahkamah Crown Manchester pada 26 Mei depan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!