Ambil iktibar peristiwa turunnya al-Quran: Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin menyeru umat Islam menghayati dan mengambil iktibar peristiwa turunnya kitab suci al-Quran. - Foto FB Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin menyeru umat Islam menghayati dan mengambil iktibar peristiwa turunnya kitab suci al-Quran. - Foto FB Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru umat Islam menghayati dan mengambil iktibar peristiwa turunnya kitab suci al-Quran.

Baginda berdua bertitah demikian menerusi kemaskini yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office bersempena Hari Nuzul al-Quran yang disambut tanggal 17 Ramadan pada Khamis.

“Baginda turut mengingatkan agar muslimin dan muslimat sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.

“Baginda juga menyeru umat Islam mengambil pengajaran daripada isi kandungan al-Quran yang telah mengangkat Islam sebagai sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan toleransi untuk kehidupan manusia seluruhnya,” titahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!