Geng samun bersenjata tumpas

Antara barang yang dirampas susulan tangkapan tiga lelaki geng samun bersenjata di sekitar Gombak dan Hulu Selangor pada Rabu.
Antara barang yang dirampas susulan tangkapan tiga lelaki geng samun bersenjata di sekitar Gombak dan Hulu Selangor pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - Polis percaya dapat menumpaskan geng samun bersenjata dengan tertangkapnya tiga lelaki di sekitar daerah ini dan Hulu Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Terawe berkata, ketika serbuan polis menemui pelbagai barang disyaki hasil jenayah antaranya empat telefon bimbit, tiga utas gelang tangan emas, enam pasang subang emas dan tiga cincin emas.

Bagaimanapun katanya, siasatan mendapati suspek berusia lingkungan 20 hingga 21 tahun itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

"Kesemua mereka kini direman tujuh hari sehingga 4 Mei untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

Tambahnya, siasatan lanjut masih lagi diteruskan untuk mengesan rakan sejenayah yang masih bebas dan mengenal pasti penglibatan kumpulan ini di dalam kes lain.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hasil maklumat dan risikan.

Arifai berkata, penahanan kesemua suspek susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 52 tahun selepas kediamannya di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dipecah masuk dua lelaki bertopi keledar pada Isnin lalu.

Menurutnya, salah seorang suspek telah mengacukan sebilah pisau ke leher isteri mangsa dan telah memaksa wanita itu untuk membuka peti keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek telah mengambil pelbagai barang kemas peribadi seperti rantai emas, cincin emas, subang emas, gelang tangan emas, rantai tangan emas, loket emas, wang tunai berjumlah RM 2,000 serta mata wang asing berjumlah AS$500 dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan RM 40,000," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!