PNB umum persaraan Zeti Aziz

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Foto: Bernama
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis mengumumkan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyatakan hasrat untuk tidak memperbaharui tempoh jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan setelah menamatkan penggal tiga tahunnya pada 30 April ini.

PNB dalam kenyataannya berkata, Zeti Aziz telah menulis surat secara rasmi kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Zeti Aziz berkata, kesempatan berkhidmat sebagai Pengerusi Kumpulan PNB selama tiga tahun ialah satu penghormatan baginya.

Katanya, PNB telah melaksanakan agenda transformasi organisasi dalam tempoh yang mungkin paling mencabar dan transformatif yang pernah dialami.

"Agenda, transformasi tersebut telah mendorong potensi peningkatan prestasi dan inovasi yang lebih besar, serta kecekapan yang lebih tinggi.

“PNB kini berada dalam kedudukan teguh untuk melakukan yang lebih baik lagi pada masa depan dan meraih penciptaan nilai jangka panjang yang disasarkan demi para pemegang unit kami,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn mewakili pihak lembaga pengarah, pasukan kepimpinan dan semua rakan sekerja mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zeti Aziz atas kepimpinan yang berwawasan dan sumbangan yang tidak ternilai kepada PNB, ASNB dan Syarikat Kumpulan PNB sepanjang tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain Onn berkata bagi pihak lembaga pengarah, pasukan kepimpinan dan seluruh warga kerja PNB, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Zeti atas kepimpinan berwawasan dan sumbangan yang tidak ternilainya kepada PNB, Amanah Saham Nasional Bhd dan syarikat kumpulan PNB sepanjang tiga tahun itu.

Artikel Berkaitan:

“Beliau membawa bersamanya hampir empat dekad pengalaman dalam perkhidmatan awam dan pengukuhan institusi, yang telah memberi banyak manfaat kepada PNB,” katanya.

Menurut PNB, pelantikan pengerusi kumpulan yang baharu akan diputuskan oleh YPB dalam masa terdekat.

Ia menambah, sejak pelantikan pada 2018, Zeti telah memacu perjalanan transformasi PNB, yang telah menyaksikan institusi ini mencapai kemajuan besar dalam tiga bidang utama.

Pertama, usaha kepelbagaian ke dalam kelas aset dan pasaran global yang lebih luas mendorong pendedahan PNB dalam aset antarabangsa meningkat kepada 12.3 peratus pada akhir 2020 sekali gus mengukuhkan portfolio pelaburannya daripada hanya tertumpu dalam ekuiti domestik, jelasnya.

“Kedua, PNB telah berjaya mengukuhkan keupayaan pengurusan risiko dan kecairannya, dengan fokus menurunkan peratusan pegangan tunai yang tinggi hasil daripada pengurusan pendedahan risiko pertukaran asing yang lebih besar.

“Akhir sekali, PNB telah memulakan transformasi organisasi di seluruh kumpulan yang telah menghasilkan inovasi digital, kecekapan operasi dan pengembangan bakat menerusi pelbagai inisiatif,” tambah syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!