Ekonomi Malaysia sedang ketinggalan: Najib

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat Malaysia ketika ini ketinggalan dari segi ekonomi sedangkan negara lain sedang mengalami pemulihan daripada impak pandemik Covid-19.

“Malaysia sedang ketinggalan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Lain-lain pasaran saham dunia sedang merekod tahap paling tinggi dalam sejarah tapi pasaran Malaysia masih suram.

“Pelabur asing masih keluarkan dana mereka dari pasaran saham kita tiap-tiap tahun sejak Mei 2018 termasuk tahun 2021 setakat ini,” kata Najib dalam kenyataan di laman Facebook pada Khamis.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu berpendapat Malaysia perlu menghentikan darurat, memulihkan demokrasi dan mengawal Covid-19 dengan sebaik-baiknya.

“Pulihkan sebuah kerajaan yang kuat serta kompeten. Jangan hanya kepentingan politik dan kuasa, Malaysia dibiarkan ketinggalan dunia.

"Ini adalah sains, data dan fakta sebenar. Bukan ‘sains dan data’ rekaan kerajaan bahawa Parlimen tidak boleh berlangsung sebab terlalu ramai orang tua yang telah divaksin dalam dewan berisiko dijangkiti Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!