Benteng sihir: Ayob Khan amal surah Yasin, Kursi

Ayob Khan beramah mesra dengan peserta Majlis Intan Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Intan Kampus Wilayah Selatan di Kluang pada Rabu.
Ayob Khan beramah mesra dengan peserta Majlis Intan Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Intan Kampus Wilayah Selatan di Kluang pada Rabu.
A
A
A

KLUANG - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay tidak menafikan ada pihak yang tidak suka dengan ketegasan serta tindakannya menguatkuasakan undang-undang hingga sanggup menggunakan sihir.

Bagaimanapun, beliau percaya rezeki hidup dan mati ditentukan ALLAH SWT.

Katanya, seseorang itu tidak dapat melakukan pekerjaannya jika takut kepada makhluk lain.

"Kita jangan angkuh, jangan cakap besar, paling penting buat kerja dengan ikhlas kerana ALLAH.

"Rezeki hidup mati kita bukan manusia yang tentukan tapi ALLAH SWT yang tentukan, kalau takut kita tidak dapat lakukan kerja," katanya ketika berucap dalam Majlis Intan Executive Lecture Series: Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Intan Kampus Wilayah Selatan di sini pada Khamis.

Ayob Khan turut berkongsi amalan tertentu bagi membentengi diri daripada terkena sihir.

"Memang ada.... khususnya orang Melayu, tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Tidak boleh berdepan dia guna cara halus, bomoh siam, macam-macam dan ada orang yang terkena.

"Insya-ALLAH, ayat kesembilan surah Yassin itu pendinding, kalau nak keluar rumah pun baca, Insya-ALLAH selain daripada ayat kursi.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kena yakin, memang benda-benda mistik itu ada, bukan tak percaya tapi kamu jangan yakin mereka yang menentukannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!