Sambut Nuzul al-Quran secara dalam talian
BACHOK - Aplikasi Zoom menjadi platform digital yang digunakan oleh Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) dalam menyemarakkan sambutan Nuzul al-Quran secara dalam talian menerusi Program Masuk Syurga Sekeluarga Warga Bachok.
Pengarah Program, Dr Sharifah Mastura Syed Mohamad berkata, sambutan secara dalam talian itu dilakukan selepas Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.
"Penganjuran majlis ini bertujuan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber kemuliaan dalam pembentukan keluarga bahagia.
"Selain itu kita mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai budayadalam kehidupan harian, selain mendekatkan diri dengan ALLAH," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bachok.
Katanya, sambutan tersebut turut 'dihidangkan' dengan ceramah movitasi oleh Duta AADK Kota Bharu, Muhammad Syakirin Yuslan.
Dr Sharifah Mastura berkata, pihaknya akan memperhebatkan program tersebut pada masa akan datang dengan memberikan fokus kepada
keluarga yang terlibat dengan isu penyalahgunaan dadah sekitar Jajahan Bachok.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!