United masih belum ‘selamat’
TUGAS Manchester United masih belum selesai biarpun berjaya menewaskan AS Roma 6-2 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa, di Old Trafford pada awal pagi Jumaat.
Pengendalinya Ole Gunnar Solskjaer berkata, kedudukan skuad kendaliannya itu masih belum terjamin untuk mara ke pentas final kerana perlu berdepan AS Roma sekali lagi untuk aksi separuh akhir kedua di 7 Mei ini.
“Walaupun menewaskan mereka (AS Roma), tetapi saya tidak rasa tugas kami sudah selesai kali ini; ya, kami beraksi dengan baik, tetapi kami juga sedar mereka juga memiliki kualiti tersendiri.
“Contohnya; mereka telah menjaringkan dua gol hasil daripada dua peluang yang mereka perolehi (pada perlawanan), kali ini dan perkara itu perlu diberikan perhatian serius,” katanya.
"Kami kemudiannya beraksi baik pada separuh masa kedua dan ia menunjukkan kami sememangnya memiliki pemain yang kreatif yang mampu mencetuskan impak seperti hari ini di mana kami telah menyempurnakan hampir kesemua peluang yang dimiliki,” katanya.
Pada aksi berkenaan, skuad The Red Devils itu mempamerkan aksi mantap apabila membuka jaringan menerusi Brian Fernandes seawal minit kesembilan.
Bagaimanapun Lorenzo Pleegrini menyamakan kedudukan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-15 dan Edin Dzeko menjaringkan gol kedua pelawat pada minit ke-33.
Pada separuh masa kedua, penyerang United Edinso Cavani menjaringkan gol pada minit ke-48 dan 64 diikuti Paul Pogba (mini-75) dan Mason Greenwood pada minit ke-86.
Mengulas lanjut, Solskjaer berharap pemain United dapat meneruskan aksi sebagaimana yang dipamerkan ketika berdepan Roma di Stadio Olimpico, 7 Mei nanti.
Katanya, kesemua pemain perlu terus fokus dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan.
“Kemenangan berkenaan (menewaskan Roma 6-2) adalah sesuatu yang luar biasa dan mustahil untuk Roma menyamakan kedudukan secara agregat nanti.
“Biarpun keputusanya baik, tetapi ia masih belum selesai. Kita perlu terus fokus dan beraksi denga mentaliti yang sama,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!