Wanita hilang ditemukan mati dalam kereta

Mayat wanita berusia 43 tahun ditemukan di dalam sebuah kereta di kebun kelapa sawit, Jalan Kolam Machap Baru, Melaka pada Jumaat.
Mayat wanita berusia 43 tahun ditemukan di dalam sebuah kereta di kebun kelapa sawit, Jalan Kolam Machap Baru, Melaka pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di kebun kelapa sawit, Jalan Kolam Machap Baru, di sini pada Jumaat.

Mayat wanita berusia 43 tahun itu ditemui orang awam lebih kurang jam 1 petang, pada jarak kira-kira 800 meter dari jalan utama.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika dijumpai kenderaan itu berkunci dan terdapat satu balang yang mengandungi abu arang disyaki dibakar oleh mangsa dipercayai untuk membunuh diri.

Menurutnya, Jabatan Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berada di lokasi kejadian dan pasukan bomba membantu membuka pintu kenderaan yang berkunci dari dalam.

"Berdekatan kereta tersebut terdapat makanan, botol dan tin arak yang disyaki diminum mangsa sebelum meninggal dunia.

"Pemeriksaan di dalam kereta turut menemui sepucuk surat yang meminta polis menghubungi individu bernama 'Miss Peggy Chek' yang akan ke rumah mangsa untuk membawa anak perempuan mangsa menguruskan kematiannya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, wanita itu dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu kerana lemas dan semakan MyKad mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan pada Rabu lalu.

"Pemeriksaan pada mangsa juga tidak menjumpai apa-apa kecederaan yang disyaki berunsur jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!