ASTAF dengari kes tatatertib Tok Mat pada 5 Mei

Abdul Halim
Abdul Halim
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) menetapkan 5 Mei untuk mendengar prosiding tatatertib terhadap Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata badan pentadbir Asia itu tidak memberikan lanjutan 14 hari kepada Ahmad, yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat, untuk menjawab secara bertulis tuduhan terhadapnya.

"Tuduhan yang telah dikemukakan sangat jelas. Tempoh 14 hari yang perlu direspons secara bertulis tamat pada 27 April (Selasa).

"Oleh kerana kami tidak menerima respons, kami menganggap bahawa anda tidak berhasrat memberi jawapan secara bertulis dan kedudukannya akan dinyatakan pada prosiding tatatertib terhadap anda, yang dijadualkan pada 5 Mei, 2 petang melalui aplikasi zoom," katanya dalam surat yang dihantar kepada Tok Mat.

Abdul Halim, yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) berkata prosiding itu akan diteruskan seperti dirancang untuk mendengar dan membicarakan tuduhan terhadap Ahmad sekiranya beliau memilih untuk tidak hadir.

Sementara itu, Abdul Halim turut mengingatkan Ahmad bahawa di bawah Peraturan dan Prosedur Tatatertib Perlembagaan ASTAF, beliau tidak berhak diwakili oleh peguam.

ASTAF pada Rabu memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan tindakan tatatertib terhadap PSM berikutan kenyataan Ahmad mengenai pemilihan ASTAF pada 1 Mac. PSM digantung sementara sehingga perbicaraan diadakan.

Artikel Berkaitan: