Padah ganggu isteri rakan, lelaki warga Indonesia maut dibunuh

No Image Caption
A
A
A

LAWAS - Gara-gara ganggu isteri rakan malahan berani mengajak untuk melakukan hubungan seks, seorang lelaki warga Indonesia maut dibunuh rakannya dalam kejadian di Kampung Siang Siang Laut pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat mangsa kemudiannya dibuang di kawasan longkang ladang sawit kampung tersebut.

"Mayat mangsa kemudiannya ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 9.30 pagi.

"Mangsa dikenali sebagai sebagai Imran berumur lingkungan 40-an," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan yang dijalankan berjaya menangkap seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian.

"Suspek ditahan merupakan rakan mangsa berumur lingkungan 32 tahun, suspek ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek bertindak berseorangan menikam mangsa sehingga mati, membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya.

"Suspek turut mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin (26 April) lalu berpunca daripada mangsa selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya melakukan hubungan seks," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!