Calonkan ‘hero’ anda untuk ‘Anugerah MyHero 3.0’

Wakil penganjur Anugerah MyHero 3.0 bergambar kenangan.
Wakil penganjur Anugerah MyHero 3.0 bergambar kenangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Peluang mencalonkan mana-mana individu yang boleh diangkat sebagai ‘hero’ untuk Anugerah ‘MyHero 3.0’telah dilanjutkan sehingga 22 Februari ini bagi memberi ruang lebih banyak pencalonan.

Orang ramai dialu-alukan menghantar pencalonan wira masing-masing yang membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum di negara ini.

Majlis anugerah yang dianjurkan bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCI) dan Nanyang Siang Pau ini akan berlangsung Jun nanti.

Akhbar Utusan Borneo, See Hua Daily News, The Borneo Post, Orizon, Sinar Harian, The Sun dan Tamil Malar merupakan rakan media rasmi untuk anugerah Anugerah ‘MyHero 3.0’.

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan perlulah menjelaskan tentang jasa seseorang serta butiran terperinci tentang diri orang berkenaan serta pengirimnya.

Penyertaan perlulah sampai kepada KLSCCCI selewat-lewatnya pada 22 Januari 2019 dan ianya terbuka kepada dua kategori iaitu kategori dewasa (19 tahun ke atas) dan Kategori Remaja (19 tahun ke bawah).

Bagi kategori dewasa, panel hakim akan memilih enam pemenang yang mempunyai kisah paling menyentuh perasaan dan para pemenang akan menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan akan dilantik menjadi Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Untuk Kategori Remaja pula, seorang pemenang akan dipilih dan akan memenangi hadiah wang tunai RM3000.

Artikel Berkaitan:

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui akaun Facebook MyHero Award.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!