Bas sekolah musnah terbakar
IPOH - Sebuah bas sekolah hangus dalam kebakaran berhampiran bengkel di Taman Sunlight, Pasir Puteh di sini pada malam Jumaat.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh pada jam 11.01 malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, jentera yang tiba di lokasi mendapati bas berkenaan telah musnah terbakar 70 peratus.
Menurutnya, maklumat mengatakan bas sekolah itu mengalami kerosakan dan diletakkan di bengkel terbabit untuk diselenggara.
"Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mulai air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya
"Walaupun api marak, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.26 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!